Harga Minyak Naik Bila-bila Masa Sebelum PRU?


Kerajaan BN yang memerintah pusat semestinya pening dengan situasi yang berlaku sekarang memandangkan harga minyak bakal naik. Adakah Malaysia akan ikut jejak langkah menaikkan harga minyak dengan memberi alasan kepada rakyat "kita terpaksa menaikkan harga minyak memandangkan subsidi yang kerajaan bagi masih di bawah tahap harga minya yang murah dan rakyat harus bersyukur dengan pemberian RM500 BR1M". Ptuih..

Apa kaitan dengan pemberian RM500 dengan harga minyak? Cukupkah untuk menampung harga petrol dengan memberi RM500? Semalam menteri mengumumkan harga gula akan meningkat namun kerajaan akan mengekalkan subsidi. Itu tandanya gula-gula rakyat. Sampai bila kerajaan ingin menipu rakyat dengan skim itu skim ini?

Ketua Syarikat Minyak Kebangsaan Iran semalam berkata, harga petroleum mentah akan mencecah AS$120 (RM365) hingga RM150 (RM456) satu tong.

Adakah tempoh pilihan raya akan dipanjangkan lagi memandangkan harga minyak yang akan melambung pada bila-bila masa? Sekiranya kerajaan BN menaikkan harga sebelum pilihanraya, adakah mahligai Putrajaya dapat dikekalkan oleh mereka atau mereka akan mempertahankan dengan alasan kita tidak akan menaikan harga minyak buat masa in i tetapi selepas pilihanraya akan terima balasannya?

Itulah janji-janji bagi mengula-gulakan rakyat pada hari ini. Rakyat hari lebih cerdik dari pemimpin UMNO yang bodoh ala-ala lembu fidlot. Kekayaan yang dikaut oleh mereka tidak dirasa oleh rakyat kerana gula-gula rakyat telahditabur dengan RM100 dan RM500 masing-masing bagi pelajar dan bantuan. Dalam khutbah Jumaat di Melaka minggu lepas ada menyebut kita harus bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan yang memberikan bantuan.. Ptuih.

Comments

alba said…
Kantong dah kosong dikikis hingga kepantat tong..jadik terpaksalah cari dana lagi dengan menaikkan harga minyak bagi membiayai GE13 ..mudah saja tafsiran nya..!