Siri 4: Melaka Panas!! Giliran MMU Pula SPR Daftar Pengundi


Hari ini tiba giliran Multi Media University (MMU) Bukit Beruang didatangi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam agenda mendaftar seberapa banyak mahasiswa untuk mengundi di DUN Bukit Baru dan juga Parlimen Bukit Katil yang dijangkakan pada Mac 2012.

Sumber dari admin yang ketika itu berada dalam MMU mendapati pihak SPR dan JPN giat mengatur pendaftaran baru dan pertukaran alamat. Sehingga ke hari sudah tiga buah kampus universiti telah dijadikan "pengundi hantu" untuk UMNO/BN.

Pendaftaran dijangka tamat pada tengah hari ini dan ia bermula seawal pagi lagi. Sasaran mereka selepas ini adalah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang sebelum ini dikenali Institut Pendidikan Perempuan Melayu Melaka (IPPM) di Durian Daun namun pada ketika ini kebanyakkan pelajarnya masih bercuti dan dijangka kembali pada Januari nanti.

Modus operandinya sama seperti UiTM dan UTEM. Mereka akan mendaftar seberapa banyak pelajar demi memastikan undi untuk UMNO/BN meningkat dengan mendadak terutamanya dalam Parlimen Bukit Katil. UMNO/BN Bukit Katil sekarang ini agak gelisah ekoran sokongan Melayu sudah berpaling kepada Pakatan Rakyat.

Pihak kami cuba mendapatkan video dan dokumen. Video akan didedahkan dalam masa terdekat.

Comments

Unknown said…
DAH SAMPAI SIRI KE 4...
MANA BUKTINYA???
MANA VIDEONYA???
MANA NAMA YANG TERLIBAT??
ADA KE TAKDE??
Unknown said…
SATU LAGI...
KALAU AKU LER DAH ADA CUKUP BUKTI...
NAK TUNGGU APA LAGI???
PERGI LER REPORT...
JAJA BUKTI SATU MALAYSIA..
SETAKAT PETIK NAMA ORANG ITU INI...
BAIK TAK USAH...
SETUJU???