Seronok Keluar Dengan Bini Orang, Tiba-tiba...

ARAU: Seorang lelaki buaya darat cedera parah apabila dibelasah termasuk cermin keretanya dipecahkan suami kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa membawa isterinya keluar untuk berfoya-foya, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 43 tahun sebelum itu berani apabila keluar bersama isteri orang berusia 40-an yang turut mempunyai seorang anak lelaki berusia 20-an.

Gambar hiasan

Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika mangsa keluar bersama kekasihnya sebelum kenderaan mereka berhenti di lampu isyarat.

Menurutnya, sejurus selepas itu, kereta lelaki berkenaan dihimpit sebuah kereta lain sebelum suami kekasihnya berusia 49 tahun bersama anaknya meluru turun lalu memukul cermin depan dan belakang kenderaan mangsa hingga pecah.

“Mangsa melarikan diri dengan memandu keretanya menghala ke sebuah kawasan kampung di Jejawi Dalam, di sini, bagaimanapun tindakannya diekori suami kekasihnya itu.

“Kereta mangsa sekali lagi dihimpit kenderaan suami kekasihnya sebelum dia dipaksa keluar,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipukul suami kekasihnya menggunakan kayu mengakibatkan dia cedera di tangan.

Katanya, pergelutan yang berlaku beberapa minit berkenaan disedari penduduk kampung sebelum bertindak meleraikan mereka.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, kedua-dua pihak sudah membuat laporan kejadian di Balai Polis Kangar untuk siasatan.

Katanya, polis masih menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Comments

otaklunyai said…
kacau bini org.. padan dgn muka... patut sembelih terus... yg bini tu pun satu hal patut kena bedal sama... tak tau jaga 'lubang'..
pnzulia said…
khabarnya ..
skarang si suami di cari pihak polis... kerana mendatangkan cedera parah...

manakala si mangsa..
khabarnya.. hanya skadar menghantar si isteri tu je.. xde perbuatan cabul/sumbang pun.. masing2 ikhlas.. katanya gitu la...

Wallahualam...