Bro, Airport Menatang Apa Lagi Kat Melaka Ni?


Bro, gua tidak faham dengan Ketua Menteri Melaka ni. Setahu gua sudah ada landasan kapal terbang di Melaka, itu pun antarabangsa pergi Indon untuk kerahan pegawai kerajaan pergi melancong. Tidak silap gua, bulan November nanti akan beroperasi laluan domestik penerbangan dari Melaka ke Kota Bharu dan Melaka ke Pulau Pinang.

Apa kejadah semua ni Ali Rustam? Dulu gua ingat masa di tempat ceramah Ali Rustam menghentam Kelantan yang mundur dari Melaka namun kemunduran itu membuatkan Ali Rustam menjilat semula kencingnya kerana membuka aluan penerbangan ke negeri paling dia benci iaitu Kelantan dan Pulau Pinang. Menagapa Ali Rustam pilih negeri Pakatan Rakyat dan tidak pilih negeri jajahan UMNO/BN?

Adakah Ali Rustam mahu masuk Pakatan Rakyat sama ada PAS ataupun DAP? Apakah motif beliau membuka laluan di dua negeri yang ditadbir oleh PAS dan DAP itu. Gua ada dengar juga bahawa kerajaan Melaka terpaksa mengepam RM10 juta setiap bulan untuk menghidupkan laluan penerbangan di dua laluan tersebut.

Kalau lapangan terbang itu antarabangsa, kerajaan Melaka tidak perlu mengepam RM10 juta tersebut kerana keuntungan boleh dipungut. Gua ada dengar cakap-cakap orang atasan Air Asia bahawa mereka tidak berani membuka laluan Air Asia di Melaka kerana akan mengalami defisit yang teruk. Itulah sebab kerajaan Melaka memilih Firefly dan dipam RM10 juta tersebut.

Berbalik kita kepada lapangan terbang 'simpanan' yang terletak di Sungai Rambai. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa lapangan terbang ini menelan kos RM2juta semata-mata untuk persembahan pesawat ringan nyamuk iaitu Eagle150, pesawat Cesna, Christaine Eagle dan pesawat mikro sempena Sungai Rambai Melaka International Fly In 2011 dari 10 hingga 12 Jun lalu.

Papan tanda Airstrip di Kg Tasek

Lapangan Terbang Microlight Sungai Rambai  ialah pertunjukan pasukan aerobatik dari Persekutuan Udara Malaysia (MSAF) yang menggunakan pesawat jenis Eagle di samping aksi dua juruterbang persendirian dari Thailand yang menggunakan pesawat Christaine Eagle serta Extra 300. Ia merupakan karnival kali kedua dianjurkan di Sungai Rambai.

Sempena pelancaran tersebut dua pesawat jenis Cesna daripada Kelab Penerbangan Diraja Selangor yang berpengkalan di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi telah mendarat di sini.

Namun sekarang ia telah jadi seperti kawasan padang ragut memandangkan tempat tersebut jadi tempat lembu menginap dan membuang najis. Tompokan najis dan keadaan pagar yang berkarat membuktikan projek itu hanyalah untuk membazirkan duit rakyat. Keadaan landasan serta jalan tidak seperti dalam keadaan baik dan seperti jalan-jalan kampung.

Jalan projek RM2juta bro


Projek RM2juta ni bro

Projek tahi lembu bro

Macam ni je bro pagar projek.. Macam sial

Dawai pagar dah berkarat bro

Jalan kampung ke lapangan terbang ni bro?

Ada chalet la bro.. RM60 semalaman.. ada bajet tak bro??

Comments