Monday, 19 September 2011

UMNO Akan Bawa Warga Bangladesh Bersidang Oktober Ini di PWTC


Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 29 November sehingga 3 Disember 2011 dan menyaksikan berlaku persaingan untuk mengadakan perhimpunan masing-masing terutamanya komponen Barisan Nasional. 

Perhimpunan Agung itu diadalakan selepas pembentangan Bajet tahun 2012 yang menjdai indikator gula-gula kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Adakah selepas pembentangan bajet itu, UMNO akan memunggah ramai mamat Bangladesh bagi memenuhi kerusi dalam PWTC?

Ke manakah hala tuju UMNO yang selama ini berjuang atas dasar Melayu sebaliknya akan bertukar kepada Bangladesh? Apa akan jadi kepada parti Melayu itu sekiranya Melayu bergabung dengan Bangla? Maka mungkin akan jadi Banglayu.

UMNO boleh tukar nama kepada UBNO. Dari United Malays National Organization (UMNO) kepada United Banglays National Organization (UBNO).

Laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina hari ini menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Pejabat Perdana Menteri Bangladesh itu dikatakan telah menerima pengesahan daripada sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia bahawa mereka diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lepas.

Hasina telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mendakwa Najib memberi jaminan menimbang isu itu ketika beliau (Hasina) berada di Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada bulan Mei 2010.

0 Komen: