Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Friday, 16 September 2011

Sejarah ISA, Boleh Dipercayai?


AKTA Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula digunakan pada 1960 dengan tujuan untuk mengekang ancaman komunis pada ketika itu.

Peruntukkan pencegahan yang terkandung dalam ISA dikatakan begitu efektif kerana ia mampu mengekalkan kestabilan negara kita yang baru merdeka walaupun sedang menghadapi ancaman bersenjata komunis.

Di bawah ISA, iaitu akronim bahasa Inggeri, Internal Security Act, sesiapa pun boleh ditahan polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang disifatkan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.

Mengikut rekod, ISA dirangka RH Hickling pada awalnya sebelum ia dijadikan undang-undang pada 1960. Sewaktu akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula dan sejak itu ISA dipinda lebih daripada 20 kali.

Di bawah ISA, kuasa mutlak diberikan kepada Menteri Dalam Negeri untuk menangkap sesiapa pun tanpa merujuk kepada mahkamah.

P/s: agak-agak sejarah ini tepat tak? Jangan jadi macam sejarah Malaysia yang kononnya tidak dijajah. Selepas ini apa pula alasannya. Adakah dengan alasan, "kerajaan tidak pernah membuat akta ini." Habis itu siapa yang laksanakan?

0 comments: