Kalau Bodoh Jangan Bersuara Nanti Nampak Sangat Bodohnya


Celaru dan haru biru puak-puak UMNO jahiliah apabila berbicara tentang sejarah. Ada profesor pun macam sial buta sejarah. Bukan sahaja memalukan nama sebagai profesor sebaliknya menjawat jawatan sebagai Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya.

Apa kejadahnya kalau bodoh tentang sejarah mahu pula bersuara? Ibarat sudahlah bodoh mahu menujukkan kebodohannya kepada umum maka nampak sangatlah bodohnya. Kebodohan manusia bukan datang dari mereka yang tidak ada ilmu sebaliknya yang ada ilmu tinggi lebih bodoh dan jahil dari orang yang tiada ilmu.

Sebelum ini Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Zainal Kling menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi Inggeris. Jika Tanah Melayu tidak pernah dijajah, buat apa duduk melalak macam orang gila "Medeka.. Merdeka.. Merdeka".

Jangan nampak sangat bodoh anda yang keterlaluan itu. Jika Tanah Melayu tidak pernah dijajah, buat menatang apa sambut Merdeka tiap-tiap tahun? Sambut merdeka itupun sudah membuktikan negara pernah dijajah oleh penjajah.

Profesor mangkuk hayun kena tahu apa itu negara jajahan yang dijajah. Jika Tanah Melayu tidak pernah dijajah, buat menatang apa masuk dalam negara Komanwel. Apabila tersenarai dalam negara Komanwel, dah sahlah pernah dijajah oleh British. Komanwel itu ialah negara yang pernah menjadi jajahan takluk British dan takkan itu pun masih bodoh.

Apa guna belajar sejarah tetapi bodoh macam orang tidak belajar sejarah? Patutlah ramai yang gagal dalam sejarah sebab ada profesor yang bodoh dan sial macam Zainal Kling. Jika tidak kerana profesor yang sial yang menjawab isu sejarah, mungkin rakyat tidak sedar akan profesor yang macam Zainal Kling ini.

Kita dalam Islam pun dapat tahu apa itu Tuan dan Hamba. Beza hamba ialah orang yang masih belum dimerdekakan oleh tuannya. Selagi tidak dimerdekakan ia dinamakan hamba. Sama juga istilah negara pernah menjadi hamba kepada British. Sebab itu ramai yang melalak "Medeka.. Merdeka.. Merdeka" tiap-tiap tahun membuktikan negara pernah dijajah.

Kalau mahu jadi profesor, jadilah profesor yang tahu sejarah dan jangan jadi profesor buta sejarah kerana kebodohan seorang profesor lebih teruk dari kebodohan lembu dipadang ragut.

Comments