Teringin aku nak tengok Mahathir kena sumbat dalam Kem Kamunting sebelum pengumuman oleh Najib pada malam 16 September lalu kerana mengatakan Internal Security Art (I.S.A) ini terlalu ringan. Cuba Mahathir menginap di sana untuk 14 hari bagi menyelami bagaimana kehidupan orang yang ditangkap tanpa dibicarakan dan buktikan kesalahan mereka. Lebih mirip rejim Israel Laknatullah.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan sokongan beliau terhadap penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata langkah itu akan memberi lebih kebebasan kepada rakyat Malaysia. Namun, Dr Mahathir menegaskan ISA yang diwarisi sejak zaman British sebenarnya tidaklah terlalu kejam kerana rakyat Malaysia masih bebas memberi pandangan dan pendapat mereka.
Tindakan menghapuskan ISA meletakkan Malaysia “pada tahap moral yang tinggi”, malah boleh dianggap setahap lebih baik daripada negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.
Selepas penghapusan akta itu, kita boleh mulakan kempen untuk minta mereka lepaskan tahanan tanpa bicara, sebagai contoh, di kem tahanan Teluk Guantanamo.
Malaysia kini lebih liberal dengan penghapusan ISA dan berhak membuat tuntutan seumpama itu terhadap negara seperti Amerika dan Britain. - Dr. Mahathir
Semalam sebuah akhbar melaporkan Malaysia sebuah negara demokrasi di dunia. Apakah yang demokrasi? Media dan beberapa institusi belum lagi bebas dari cengkaman pemerintah yang korup seperti kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN.
Berita asal seperti di bawah:
KUALA LUMPUR, 20 Sept – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan sokongan beliau terhadap penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata langkah itu akan memberi lebih kebebasan kepada rakyat Malaysia.
Namun, Dr Mahathir menegaskan ISA yang diwarisi sejak zaman British sebenarnya tidaklah terlalu kejam kerana rakyat Malaysia masih bebas memberi pandangan dan pendapat mereka.
“Tidak semua mereka yang membuka mulut terus ditahan di bawah ISA…dan tanggapan bahawa Malaysia tidak bebas kerana ISA juga tidak tepat,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Kelab Chedet.com di sini, Isnin.
Dr Mahathir berkata tindakan menghapuskan ISA meletakkan Malaysia “pada tahap moral yang tinggi”, malah boleh dianggap setahap lebih baik daripada negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.
“Selepas penghapusan akta itu, kita boleh mulakan kempen untuk minta mereka lepaskan tahanan tanpa bicara, sebagai contoh, di kem tahanan Teluk Guantanamo.
“Masih ada yang ditahan sejak 10 tahun lepas dan tidak dibicarakan, ditahan hanya kerana mereka orang Islam,” kata Dr Mahathir.
Beliau berkata Malaysia kini lebih liberal dengan penghapusan ISA dan berhak membuat tuntutan seumpama itu terhadap negara seperti Amerika dan Britain.
“Dulu mereka menegurMalaysia kononnya zalim, menahan tahanan tanpa perbicaraan, namun itu yang mereka lakukan sekarang ini.
“Mungkin mereka baru sedar dalam situasi tertentu,Malaysia terpaksa menahan orang tanpa perbicaraan, namun apa yang mereka lakukan di Teluk Guantanamo lebih kejam dengan meluluskan undang-undang yang membenarkan penyeksaan tahanan,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir khuatir puak pelampau dan perkauman diMalaysia akan mengambil kesempatan untuk membuat kenyataan yang akan merugikan negara apabila ISA dihapuskan.

Comments