Kibar Jalur Gemilang Bererti Kibar Bendera UMNO/BN

Betul atau tidak sesetengah masyarakat mengatakan bahawa apabila mengibar bendera Malaysia sama seperti mengibarkan bendera UMNO/BN tambahan pula jika bendera itu diberikan secara percuma kepada rakyat. Sejauh mana keikhlasan kerajaan menjaga kedaulatan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang?


Ketika perhimpunan BERSIH pada 9 Julai lalu, puak-puak PATRIOT yang diketuai oleh Khairy dan Mat Bangla telah membuang Jalur Gemilang bersepah di atas jalan setelah disembur dengan cecair kimia dari trak FRU. Di mana kemuliaan Jalur Gemilang setelah dicampak sesuka hati tambahan pula oleh Mat Bangla?

Pernahkah Pak Menteri berfikir kenapa rakyat tidak berminat untuk kibar Jalur Gemilang? Buktinya kerajaan telah sewenang-wenangnya mengkhianati Jalur Gemilang untuk kepentingan politik dajjal UMNO/BN dengan menambah nombor 1 pada Jalur Gemilang.


Bendera yang diagih kepada pelajar sekolah juga ada tertera Jalur Gemilang 1Malaysia di bahagian jalur merah dan putih. Jenis macam ini tidak pula dikenakan tindakan I.S.A kerana mengubah suai bendera. Cuba rakyat yang menyokong pembangkang, mesti mereka menuduh telah menghina Jalur Gemilang dan Yang DiPertuan Agong. Bodoh pandangan seperti itu.

Siapa sebenarnya dajjal dalam Malaysia? UMNO/BN atau PR? Sekarang Pak Menteri dengan sikap rakyat yang tidak ambil berat tentang bulan kemerdekaan. Pak Menteri kena sedar bahawa kemerdekaan disambut oleh Melayu UMNO sahaja dan orang Islam akan menyambut syawal yang mulia setelah sebulan berpuasa.


Kesucian Jalur Gemilang telah dititik noda hitamkan oleh UMNO/BN dengan menjadikan satu simbolik 1Malaysia sebagai propaganda menipu rakyat dengan slogan "People First, Performance Now" atau dalam kemelayuannya ialah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Semenjak akhir-akhir ini hanya tinggal "Rakyat Didahulukan". Mana pergi "Pencapaian Diutamakan"?

Pencapaian apa lagi yang ada pada negara Malaysia ini. Ia seolah-olah tunggu masa untuk muflis akibat kerakusan pemimpin UMNO/BN merogol hak rakyat. Bukan itu sahaja, makin ramai "hantu" jadi warganegara Malaysia. Mana kedaulatan negara. Kedaulatan telah dirogol oleh UMNO/BN.


Pemberian bendera Malaysia adalah hipokrit semata-mata. Jika kerajaan benar-benar patriotik, kibarkanlah setiap masa dan tidak perlu tunggu 31 Ogos tiap-tiap tahun dan memaksa rakyat untuk kibarkannya. Ia seolah-olah memaksa rakyat mengibar bendera UMNO/BN. Rakyat bukan bodoh seperti pemimpin UMNO/BN. Malah lagi cerdik dari yang belajar di Oxford.



Comments