Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Tuesday, 12 July 2011

UMNO/BN Melaka Dalam Keadaan Genting


UMNO/BN Melaka makin takut dan bimbang akan kemaraan Pakatan Rakyat hari ini. Speaker DUN Melaka menggantung kesemua ahli dewan dari DAP dari menghadiri sidang DUN Melaka yang dijangka berakhir esok.

Empat wakil DAP digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selama dua hari kerana gagal mematuhi peraturan dewan dan menimbulkan kekecohan semasa persidangan hari ini.

Empat wakil rakyat itu ialah Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana); Lim Jak Wong (Bachang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir).

Semalam, Anggota DUN Kesidang, Goh Leong San digantung tiga hari kerana gagal mematuhi peraturan dewan. Ini bermakna kesemua lima wakil pembangkang dilarang menghadiri persidangan dewan yang dijadualkan berakhir esok.


1 comments:

maie1958 said...

bagus lah macam tu maka jadi lah persidangan dewan lembu2 pawah melaka.....ali kutty jadi raja lah?