Suami Pijak Perut Isteri Mengandung

KUALA LUMPUR: Kejam! Itulah situasi terpaksa ditanggung seorang wanita berusia 22 tahun yang mengandung tujuh bulan apabila ditampar, diterajang selain perutnya dipijak suami dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, Khamis lalu.

Gambar hiasan

Dalam kejadian jam 8 malam itu, si suami berusia 24 tahun hilang pertimbangan selepas bertengkar dengan mangsa berpunca daripada masalah kewangan. 

Akibat perbuatan kejam itu, mangsa dilapor mengalami pendarahan serius sebelum dikejarkan ke hospital namun kandungannya dilaporkan selamat. 

Menurut sumber, kejadian bermula apabila lelaki terbabit yang pulang bekerja bertindak memarahi isterinya sebaik tiba di rumah.

“Pasangan yang sudah berkahwin hampir dua tahun lalu mula bertengkar kerana wanita terbabit mendesak suaminya yang sedang kesempitan wang membeli barangan persediaan menyambut bayi sulung mereka.

Comments