Siapa Kata FRU Ganas, Ini Buktinya


Jika dakwaan bahawa polis terutama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak kasar semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu di ibu negara itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital atau sebagai pesakit luar, kata seorang bekas komander FRU hari ini.

Superintendan (B) Sulaiman Menga Din, berkata anggota FRU telah dilatih bertindak secara minimum bagi menyuraikan para penunjuk perasaan mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP).


Semua anggota dikehendaki mematuhi arahan secara terperinci termasuk dakwaan melepaskan gas pemedih mata secara sembarangan, katanya kepada Bernama dalam satu temu bual. "Setiap kali orang FRU diperlukan berada di lapangan, mereka diberi penerangan berdasarkan maklumat yang diterima mengenai jangkaan orang yang berhimpun, isu yang terlibat dan sama ada mereka bersenjata dan maklumat lain yang berkaitan," kata Sulaiman. 

Beliau berkata, semasa perhimpunan 9 Julai itu, para pegawai yang terbabit dalam operasi dimaklumkan bukan sahaja untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun di pusat bandar tetapi juga mencegah kemungkinan pertembungan antara kumpulan penunjuk perasaan yang bersaing.


"Anda perlu faham pada masa ini hampir setiap tindakan atau pergerakan direkodkan dan dalam tempoh sekejap sahaja ia telahpun dimuat naik dalam laman web dan penonton malah boleh mengikuti perkembangan hampir secara langsung.

"Di sini, timbul masalah kepada polis, penonton tidak berhati-hati atau dilatih untuk menapis maklumat yang diberikan kepada mereka atau apa insiden sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian," kata Sulaiman.

P/S: Bro, gambar di atas tu guna cara lembut ke?

Comments