Salah Satu Video dan Gambar Yang Akan didedah Polis


Cuba tengok pada gambar di atas. Apakah yang dipegang oleh polis trsebut dan mengapa dia menutup muka dengan kain? Selepas itu cuba lihat pada video di bawah apakah kaitan senjata dalam gambar di atas dengan senjata yang digunakan untuk video di bawah.

Video selama 22 saat ini cukup untuk membuktikan tindakan polis yang berlembut dengan pendemostran bak kata Ketua Polis Negara. Kelembutan ini yang akan ditayangkan kepada media suatu hari nanti. Mahukah Menteri Dalam Negeri untuk menyaksikan sama video dan gambar ini?


Untuk apa semua ini? Agak-agak video dan gambar macam mana yang cuba didedah oleh polis kepada media pada hujung minggu ini? Gamabr polis bawa anak-anak pergi membeli belah atau bawa keluarga pergi bersiar-siar tepi pantai atau juga sedang minum di warung Pak Majid tepi jalan.

Comments