Gambar: Polis Tidak Sembur Gas Kat Hospital Tapi Pesakit Kentut Berasap


Menteri Kesihatan kata tiada tembakan dari polis menggunakan gas pemedih mata dan merian air. Tetapi yang berasap dalam hospital tu adalah kentut pesakit yang banyak sangat makan buah durian yang sekarang ini musim buah durian. Asap tersebut tidak boleh dijadikan bukti.

Kesian pada UMNO/BN yang cuba menipu rakyat dengan berita dari akhbar pro mereka. Mereka menafikan bahawa asap tersebut bukan dari pihak polis. Habis tu pendemostran punya trak ke sembur meriam air dan gas pemedih mata? Sungguh bacul jawapan seorang menteri. Kali ini bukan seorang yang bodoh tapi dua termasuk Menteri Kesihatan.

Hospital Tung Shin.. Pili bomba pecah ke tu?

Cuba perhatikan papan tanda Hospital Tung Shin dan muncung meriam air dari trak polis. Adakah air yang disembur itu adalah air mineral water? Atau adakah itu trak bomba yang cuba memadamkan asap kentut pesakit hospital? Penipuan orang mati bolehlah dibuat. Ini lagi nyata buktinya.

Adakah ini rakaman dari pihak polis yang mengatakan mereka ada bukti tentang perhimpunan BERSIH? Apakah cerita yang akan direka oleh dua orang menteri yang kurang cerdik dan tidak berapa pandai mengenai situasi ini? Kebodohan pemimpin UMNO/BN lebih bodoh dari seekor keldai.

Sebodoh-bodoh keldai mempunyai nilai julana yang tinggi berbanding dengan nilai menteri UMNO/BN yang hanya belajar tinggi-tinggi tapi bodoh berlapis-lapis. Bagaikan kek lapis yang banyak lapisan warna tetapi kandungannya tetap sama.

Usahlah kita terpedaya dengan kebodohan menteri-menteri dari UMNO/BN ini. Jangka hayat mereka pun tidak lama lagi dan tunggu masa untuk semboyan PRU-13 menghadirkan diri bagi membenamkan UMNO/BN dipersada politik tanah air.

Comments