Wei, Mana Satu Betul Ni?

Klik imej bagi pembesaran
Ban Jir kurang faham dengan jalan cerita dari akhbar Kosmo yang disunting dari Bernama ini. Tajuk berita ini ialah "Jurugambar Kosmo dikasari Pesalah". Tetapi bila dibaca tidak tahu siapa yang jadi jru gambar dan siapa yang dituduh khalwat.

Selepas habis baca akhbar tersebut seperti jurugambar itu yang terlibat dengan kes khalwat dan telah diserang oleh pesalah khalwat. Pesalah khalwat menyerang jurugambar yang berjaya diselamatkan oleh rakan media yang lain ketika di tempat kejadian.

Cuba tengok seperti yang Ban Jir bulatkan dalam akhbar di atas. Siapa yang jadi jurugambar dan siapakah yang dituduh khalwat dalam cerita di atas. Jurugambar tersebut bernama Sharani dan yang dituduh khalwat bernama Shahrani.

Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu Shahrani Saibi dari akhbar Kosmo! telah diserang oleh Saharudin Mohd. Yusoff, 37, yang ketika itu keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman atas tuduhan berkhalwat dengan pasangannya Azilawati Jusoh.

Shahrani, seorang jurutera kanan, mengaku bersalah atas tuduhan itu.

Bagaimanapun, tindakan pantas rakan-rakan media lain berjaya mengelakkan kejadian lebih buruk.

Shahrani berkata, semasa diserang beliau membongkokkan badannya sambil memeluk kamera bagi mengelakkannya daripada dirampas atau dirosakkan. - Petikan dari Kosmo di atas

Nampaknya jurugambar itu merupakan seorang jurutera kanan yang telah diserang oleh yang berkhalwat yang mana penyerang itu adalah beliau sendiri.

Comments