UMNO, Kerajaan Perpaduanmu Lenyap


Setelah berakhirnya Muktamar PAS ke-57 pada hari ini, maka dengan ini teraju PAS adalah muka-muka baru yang sangat menakutkan UMNO dari Presiden hinggalah ke peringkat Naib Presidennya. Apakah percaturan UMNO selepas ini kerana ruang untuk mereka menjadikan sebuah kerajaan peprpaduan hanya 0.13% sahaja dan selebihnya adalah sebaliknya.

Dulu UMNO lebih banyak berjinak-jinak dengan Nasharuddin Mat Isa berkaitan dengan kerajaan perpaduan namun semua itu telah berkecai apabila taruhan mereka kalah pada pemilihan kali ini ditangan  seteru UMNO iaitu Mat Sabu (424 undi) yang berjaya menewaskan Tuan Ibrahim Tuan Man (398 undi) dan Nasharuddin Mat Isa (224 undi).


Bukan setakat Timbalan Presiden sahaja yang membuatkan UMNO gelisah tetapi kerusi yang dimenangi oleh Naib Presiden juga merupakan kerusi seteru UMNO iaitu YB Salahuddin Ayub (753 undi), YB Dato' Husam Musa (660 undi) dan YB Dato’ Mahfuz Omar (616 undi).

Bagi UMNO, apa yang memeritkan mereka ialah musuh-musuh utama mereka itu telah berjaya mendapat tempat dan ini akan menjadi tentangan sengit kepada mereka. Husam yang memenangi kerusi tersebut membuatkan UMNO bertambah gila berkaitan isu ROYALTI. Isu royalti menjadi perjuangan untuk rakyat Kelantan.

Setelah isu nombor ekor telah ditarik balik dari beroperasi, Mahfuz adalah mastermind untuk menjahanamkan UMNO dengan mendapatkan sokongan rakyat membantah mengenai saman ekor. Akhirnya Mahfuz telah membuktikan bahawa kerajaan BN sebenarnya adalah barah kepada rakyat.

Salahuddin mempunyai kriteria dalam kelasnya yang tersendiri untuk menghancurkan UMNO dengan segala fakta dan hujah yang bersahaja menyebabkan UMNO tidak keruan untuk membalas balik hujah yang dilontarkan oleh Salahuddin.

selepas ini tiada lagi isu berkaitan kerajaan perpaduan kerana yang mewujudkan situasi ini ialah UMNO itu sendiri. Sekarang PAS telah menghancurkan kerajaan perpaduan yang dicanang oleh UMNO kepada sebuah kerajaan berkebajikan. Siapa pun yang dipilih itulah yang dinyatakan oleh rakyat. Bukan UMNO yang menentukan siapa yang patut dalam kerusi PAS.

Comments