Tumbuk Muka Isteri

AMPANG: Perbincangan sepasang suami isteri mengenai wang perbelanjaan anak mereka yang mahu melanjutkan pelajaran bertukar ganas apabila si isteri ditumbuk suaminya di muka dan badan mengakibatkan mangsa cedera di mulut serta bengkak di muka.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis lalu, mangsa yang berusia 45 tahun dan bekerja sebagai pengarah syarikat terkejut tindakan suaminya, tambahan kejadian itu disaksikan dua anak mereka. 

Gambar hiasan

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, suami wanita berkenaan yang berusia 46 tahun memaksa mangsa menggunakan wang simpanan dan gajinya untuk perbelanjaan pelajaran anak. 

Katanya, suami mangsa mahu wang sara pelajaran anak dipotong setiap bulan dari gaji isterinya walaupun menurut mangsa suaminya mampu menanggung semua kos berkenaan.

“Perbincangan mereka pada mulanya baik sebelum isterinya menyampaikan hal itu kepada dua anak hingga menyebabkan suaminya naik marah.

Comments