Laman Web Asing: Kerajaan (Malaysia) Korup dan Ketololannya

 
Laman web perkongsian fail terkemuka Pirate Bay (TPB) menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
 
Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi. Penetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia. Dalam masa yang sama Malaysia menutup akses terhadapnya.
 
TPB sebagai "pertukaran budaya paling besar dalam sejarah manusia" dan tidak dapat dihentikan oleh "kerajaan yang korup" dan "ketololannya".
 
Orang ramai sudah tentu mampu menggunakan TPB walau apa pun caranya, seperti di negara lain yang tidak menyekatnya, trafik akhirnya tetap meningkat.
 
Ia menunjukkan bahawa tidak ada tolak ansur dengan kerajaan yang korup dan internet mampu mengelakkan ketololan itu. - Winston Bay
 
Nampak gayanya sudah ada website asing mengkritik ketololan kerajaan Malaysia ini. Jadi, kepada kerajaan jangan tunjukkan ketololan anda kepada orang asing. Akhirnya ketololan mereka selama ini telah dilihat oleh orang luar.

Comments