KOTOR 2.0 Diwujudkan Untuk Lawan BERSIH 2.0?


Kumpulan terdesak Melayu, PERKASA memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan aman yang didakwa mereka sebagai “mengacau”.

KOTOR 2.0 akan “lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini. Kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”. 
Saya tak boleh bayangkan, bila ramai yang berhimpun, mereka akan baling batu, bakar kereta... KOTOR 2.0 akan turun ke jalannan dan halang mereka (perhimpunan BERSIH). - Ibrahim Ali.

Tujuannya ialah untuk menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.

Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan BERSIH 2.0 ialah: 

1) Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21

2) Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar

3) Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali

4) Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang

5) Tempoh kempen minimum 21 hari

6) Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya

7) Menghapuskan rasuah pilihan raya


P/s: Dahsyat betul KOTOR 2.0 ni. Sampai ada bakar-bakar kereta. Daripada bakar kereta baik bakar manusia. Bodoh betul pemikirkan sekor katak ni.


Comments