Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Saturday, 11 June 2011

Gambar: Minah Siam Buat Report Bantah BERSIH 2.0


Minah Siam di Arau ini telah buat laporan polis ekoran satu Perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung pada 9 Julai ini. Dia berkata bahawa keamanan dan kemakmuran ini adalah hasil dari kerajaan BN dan lupakan sahaja perhimpunan yang bakal mengganggu orang ramai.

Adakah minah Siam ini telah mendapat kad pengenalan percuma yang telah diberikan oleh Bn sehinggakan berani secara lantang membuat aduan polis. Manusia yang menumpang negara Malaysia dan baru kenal apa itu perhimpunan jalanan.

Paling peliknya, laporan itu dibuat di Arau dan bukannya di Kuala Lumpur. Minah siam ini pula menetap di Arau, Perlis dan apa kaitannya dengan Perhimpunan Bersih? Perlis dengan Kuala Lumpur itu jauh dan adakah minah ini terkena tempias demonstrasi?

Usah dilayan dengan pencacai BN ini. Mereka telah mendapat kad pengenalan percuma dari BN sehingga berani mencabar kedaulatan negara Malaysia. Apa yang dikatakan minah ini, BN telah berikan keamanan kepada Malaysia. Dia tidak sedar yang dia tu Siam.

0 comments: