Blogger UMNO Lemau - Zahid Hamidi


UMNO akui bahawa blogger Pakatan Rakyat kini bangkit setelah sekian lama menyepi selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu dan kini bangkit menentang kedurjaan blogger milik UMNO/BN yang semakin hari semakin ketandusan isu.

Unit tempur siber parti itu (UMNO) ketika ini dilihat gagal menyampaikan maklumat secara berkesan kepada kumpulan sasar. Pengendalian unit itu tidak memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menangkis banyak isu yang dibangkitkan pembangkang meskipun apa yang didakwa itu tidak benar. 
Unit berkenaan juga selalu kalah dalam menjawab isu yang dibangkitkan pembangkang dalam media baru berbanding unit siber pembangkang yang lebih berkesan. - Zahid Hamidi

Bersiap sedia menggempur pasukan siber UMNO yang sekarang kekurangan duit setelah tiada bayaran untuk blogger mereka menyerang isu yang dilontarkan oleh blogger Pakatan Rakyat. Blogger mereka tidak dibayar semenjak dua bulan lalu selepas Pilihan Raya Negeri sarawak yang ke-10 lalu.

Comments