BERSIH: Polis Jejak Sampai Parlimen

 
Polis hadir di parlimen untuk mengambil keterangan sekurang-kurangnya dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Azmin Ali (KEADILAN- Gombak) dan  Mohd Firdaus Jaafar (Pas- Jerai) berhubung perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.

Asisten Supretenden Polis dari ibu Pejabat Kontinjen Selangor dilihat mengambil keterangan dua MP terbabit.

“Saya diberitahu oleh polis lewat tengah hari semalam bahawa mereka mahu marakamkan kenyataan saya berdasarkan ceramah yang diberikan di Sabak Bernam pada 17 Jun bawah program Jelajah Selangor (JELAS),” kata Azmin  ketika ditemui pemberita di lobi parlimen.

Menurut Azmin, mereka disiasat atas “dakwaan mengundang” orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 2.0 dalam ceramah dua minggu lalu.

Comments