Berbogel Tidak Mengapa Tetapi Jangan Pakai Baju Kuning?


Tidak mengapa kalau kamu berbogel asalkan kamu tidak memakai baju kuning. Mungkin inilah yang sedang berlegar-legar dibenak pemikiran seorang menteri yang otak sudah kuning akibat fobia dengan warna kuning gelombang BERSIH 2.0 yang bertebaran di atas muka bumi Malaysia ini.

AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin berkata, memakai baju kuning berlambang Bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning.

Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai.

Perkara 5 [1] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang.

Menangkap mana mana orang yang memakai baju Bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

P/s: Lawak sengal kerajaan Malaysia

Comments