UMNO Kata Islam Banyak Versi

Klik pembesaran imej

UMNO semakin hari semakin celaru untuk mengenali apa itu Islam. Semalam portal online, UMNO Online telah mengeluarkan artikel mengenai Islam Barisan Nasional yang dilaungkan oleh Muhyiddin Yassin. Kenyataan tersebut seperti dalam posting semalam. [klik] 

Hari ini portal tersebut mengeluarkan artikel Islam versi PAS. Banyak betul versi Islam dalam UMNO. Itulah punca jika tidak memahami konsep yang di bawa oleh Islam. Bila sudah keliru dengan konsep ciptaan sendiri, maka hukum pun entah ke mana.

Akibatnya, Islam Barisan Nasional ini tidak mengetahui apakah itu Islam yang sebenar. Hari ini keluar Islam versi PAS, esok mungkin keluar versi PKR dan lusa lain pula yang keluarnya setelah Islam Hadhari telah dikuburkan bersama orang yang menciptanya.

Jika tidak faham Islam, itulah puncanya wanita-wanita UMNO tidak menutup aurat kerana mengamalkan ajaran Islam Barisan Nasional. Jika betul-betul mengamalkan Islam yang dibawa oleh Rasullulah setelah mendapat utusan dari Allah, ia tidak jadi sebegini.

Mungkin Islam Barisan Nasional membenarkan wanita-wanitanya mendedahkan aurat dan menteri-menterinya makan harta rakyat. Sebab itulah banyak Islam dalam UMNO dan undang -undang Islam Barisan Nasional sentiasa berubah.

Dulu adanya Islam Hadhari. Namun Islam Hadhari tidak mampu bertahan lama kerana perlu dipinda. Hari ini Islam Hadhari sudah mati maka wujudnya Islam Barisan Nasional ciptaan Muhyiddin Yassin. Punca banyak Islamlah BN mahu kawin dengan PAS tempoh hari.

Peliknya, sudahlah jahil tentang Islam tapi UMNO mahu tunjuk bongkak dengan kejahilan yang ada pada mereka. Tengah kecoh dengan pelbagai isu dan serangan balas dari UMNO terhadap PAS, tiba-tiba UMNO mahu ajak PAS bergabung.

Seakan-akan UMNO sudah gila meroyan dan gila talak mahu bersatu dengan PAS. Tidak sedarkah UMNO suatu ketika dahulu bahawa telah jadikan PAS habuan mereka. Maka dengan ini berhati-hatilah rakyat tentang Islam Barisan Nasional ini.

Comments