Tarik Pelanggan Guna Coli dan Seluar Dalam


KUALA LUMPUR: Hanya bercoli dan berseluar dalam, itulah taktik digunakan wanita warga China yang menjalankan kegiatan pelacuran di sebuah hotel murah di Jalan Pudu.

Bagi mengaut keuntungan berganda, pelacur terbabit dikatakan turut menjalankan kegiatan pada siang hari kerana ia dikatakan mendapat banyak permintaan di kalangan lelaki kemaruk seks.

Difahamkan, pelacur terbabit menawarkan khidmat seks kepada pelanggan terutamanya warga emas tempatan dan warga asing di sekitar medan selera hotel berkenaan dengan bayaran serendah RM10 hingga RM150 untuk sekali perkhidmatan.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral yang dijalankan bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu terbongkar selepas Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman yang menyerbu kawasan itu, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.45 pagi itu, 40 wanita dipercayai pelacur ditahan ketika sedang menunggu pelanggan.

Comments