Tahun 1998 UMNO Sepatutnya Telah dibatalkan Pendaftaran oleh ROS?


Sepatutnya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan pendaftaran UMNO dan bukannya Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang diterima oleh PKR bahawa parti akan dilucutkan pendaftaran pertubuhan itu pada Jun ini.

Ini kerana, pada September 1998 UMNO/BN telah memecat Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KeADILan pada ketika beliau bersama dengan UMNO/BN tanpa dipanggil untuk membela diri oleh jawatan kuasa parti itu.

Tindakan ROS cuba membatalkan PKR adalah kerana PKR bertindak memecat keahlian A. Jayagopal setelah melanggar perlembagaan parti. Jika itu yang diambil kira oleh ROS, maka ROS juga harus bertindak terhadap UMNO kerana memecat Saifuddin pada ketika itu tanpa perbicaraan disiplin parti.

Contoh pada September 1998, Saifuddin telah dipecat daripada UMNO tanpa dipanggil membela diri atau menghadap jawatankuasa disiplin di bawah Tun Zaki Azmi (yang masuk IJN beberapa hari lepas). Saifuddin adalah ahli jawatankuasa disiplin UMNO.

Saifuddin telah dipecat daripada UMNO dua minggu setelah Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO tanpa dipanggil. Jika pemecatan ini tidak berlaku semasa dalam Lembaga Disiplin, UMNO juga wajib dibubar atau dibatalkan pendaftaran pada ketika itu.

Comments