Syarikat Insurans Hadiah Pelacur Kepada Pekerja Cemerlang

 Gambar hiasan

BUDAPEST: Sebuah firma insurans utama menghargai kakitangannya yang cemerlang dengan menghadiahkan mereka pelacur, lapor media semalam.

Menurut laporan akhbar, syarikat Munich Re melanggan 20 pelacur untuk menghiburkan kira-kira 100 jurujualnya yang mencatat kejayaan terbaik.

Munich Re adalah syarikat penanggung insurans bagi syarikat insurans lain dan berpangkalan di Munich, Jerman.

Media melaporkan, pelacur terbabit turut memakai gelang tangan berwarna sebagai kod bagi menyatakan sama ada mereka boleh dilanggan atau tidak dalam parti pada 2007 itu.

Selepas melayan mana-mana jurujual, lengan pelacur itu akan dicop bagi membolehkan tetamu mengetahui kekerapan mereka dilanggan.

Sumber berkata, pelacur terbabit rela melakukan “apa saja yang diminta” sepanjang pesta berkenaan berlangsung.

“Bagi ahli lembaga pengarah dan jurujual terbaik, mereka disediakan pelacur khas,” katanya. 

TS

Comments