Rogol Gadis Dalam MPV Ibu


AMPANG: Seorang pembantu jualan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard milik ibunya, dua minggu lalu.

Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 22, yang memakai kemeja-T dan berseluar jeans itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Manira Mohd Noor. 

Mengikut pertuduhan, Khairil Ivan didakwa merogol remaja berumur 15 tahun itu di dalam kenderaan berwarna putih di tepi Jalan Kosas, di sini, pada jam 11 pagi, 11 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Rajuni, manakala tertuduh diwakili Roslan Hassan.

Comments