Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Thursday, 26 May 2011

Polis Tahu Pengedaran VCD Lucah, Tapi Tidak Bertindak


VCD fitnah yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedar kepada orang ramai meskipun dalam pengetahuan pihak polis. Video tersebut yang disebar secara meluas terutama di Selangor, membuktikan polis sengaja membenarkan pihak tersebut meneruskan  aktiviti yang memalukan.

Perkara ini bahkan berlaku pada program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, di kawasan yang terdapat pondok atau bas polis bergerak. Namun tidak ada tindakan drastik diambil. Tidak seperti kes lain yang mereka cekap menanganinya.

Polis perlu bertindak tegas terhadap pengedar VCD lucah jika tidak mahu dianggap sebagai jentera Umno dan Barisan Nasional. Janganlah sampai rakyat yakin bahawa polis memang benar-benar bersekongkol.

Ada reaksi berikutan laporan media bahawa terdapat ketua-ketua kampung di Selangor, bahkan di Melaka telah menerima salinan VCD lucah tersebut, yang dipos ke rumah-rumah mereka. Tindakan itu didalangi oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

Apa yang dikatakan Najib membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa cara sekalipun dan ini adalah salah satu buktinya, walaupun dengan cara tidak bermoral. Jangan hairan apabila satu ketika nanti, VCD lucah akan turut diedarkan dari rumah ke rumah.

Umno semakin gelisah dengan program ‘Jelajah Selangor Tawan Malaysia’ yang bertujuan memberi penerangan ke kesemua daerah di  Selangor. Umno-BN resah, ketakutan dan tiada idea, lalu perkara yang paling hebat dan mampu dilakukan hanyalah mengalihkan tumpuan dari isu sebenar.

Ketika kita membangkitkan isu kenaikan kos sara hidup, dan penyelewengan pemimpin BN, mereka sibuk mengedarkan bahan lucah. Polis seharusnya bertegas dan mengambil tindakan.

0 comments: