Perkasa Tunjuk Hero


Pihaknya mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar tidak tunduk kepada tekanan yang dibuat parti-parti politik termasuk dari Barisan Nasional (BN). Perkasa mendesak agar JPA tidak tunduk kepada tekanan mana-mana parti politik dalam soal urusan pemberian biasiswa.
Ia urusan kerajaan dan MCA atau MIC jangan ganggu urusan JPA, Umno dan Pemuda Umno tidak ganggu JPA walaupun ramai Bumiputera tidak dapat biasiswa JPA dan pelajar Bumiputera yang tidak diberi biasiswa belajar di luar negara.
Sepatutnya semua pihak bersyukur, belajar di mana-mana tidak menjadi soal apatah lagi belajar dalam negara sendiri, di mana-mana sudah banyak IPTA dan semua kursus ada ditawarkan. - Ibrahim Ali
P/s: Hebat betul mamat ni. Dah macam menteri duk arah sana sini. Mau jadi hero melayu tu tak tahan. UMNO/BN pun kene dengan dia.

Comments