Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Thursday, 5 May 2011

Mayat Dalam Longkang


MARANG - Mayat seorang lelaki sudah berulat ditemui dalam longkang belakang bangunan baru Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai, di sini, 11.50 pagi ini.

Mayat mangsa berusia 39 tahun dan berasal dari Kampung Sungai Serai, di sini dijumpai oleh anak saudara lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ACP K. Manoharan berkata, mangsa difahamkan telah keluar dari rumah pada 1 Mei lalu dan memaklumkan untuk pergi menjerat burung.

"Mangsa dikatakan keluar rumah untuk menjerat burung dan ayam hutan, bagaimanapun sehingga hari ini mangsa tidak pulang ke rumah dan keluarga mangsa juga tidak membuat sebarang laporan polis.

"Bimbang dengan keadaan itu anak saudara mangsa pergi ke tempat yang dimaklumkan mangsa sebelumnya dan terkejut melihat keadaan mayatnya di dalam longkang,” kata Manoharan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

0 comments: