Lelaki Muda Tiada Kualiti

 
KUALA LUMPUR: “Poligami memang hak masing-masing, namun jika lelaki mahu berpoligami dengan wanita yang terlampau muda daripada usianya, ia perlu difikirkan,” kata Ketua Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Wilayah Persekutuan, Latipah Johdi.

Bagaimanapun katanya, jika jodoh seseorang itu ditakdirkan sama ada dengan wanita yang lebih muda daripada usianya atau pun tidak, ia sebenarnya adalah ketentuan Allah.

“Cuma diharapkan, hubungan yang terjalin bukanlah kerana nafsu dan jangan sampai melakukan maksiat. Kalau poligami itu boleh mengelakkan maksiat, teruskan perkahwinan itu tidak kiralah wanita yang dikahwini lebih muda atau tidak.

“Namun, poligami haruslah dilakukan berlandaskan syariat Islam seperti lelaki itu berkemampuan menyediakan segala keperluan semua isteri serta mampu berlaku adil kepada mereka,” katanya.
 
Pengakuan isteri kedua Salih Yaacob, Norraha Hamad, 43, yang percaya suaminya tidak bermasalah memimpin bakal isteri keempatnya yang hanya mahu dikenali sebagai Emimenjalani hidup bersama keluarga mereka. Penyanyi, pelawak, pelakon mendedahkan cadangan bagi melengkapkan kuota poligami dengan mengambil Emi seorang penuntut ijazah sarjana di universiti tempatan sebagai isteri keempat.

Mengenai kecenderungan wanita muda berpoligami dan mengahwini lelaki lebih berusia, Latipah berkata, ia mungkin disebabkan keadaan sekarang iaitu lelaki muda ramai yang kurang berkualiti.

Comments