Monday, 23 May 2011

Kerja Kerajaan Tidak Jamin Masa Depan - Adnan Mansor


Hampir 50 peratus atau kira-kira 20,000 daripada lebih 40,000 penjawat awam terutama mereka yang bekerja sebagai kakitangan sokongan di jabatan kerajaan di sini menghadapi masalah kemiskinan bandar kerana mempunyai pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.
Keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan kakitangan sokongan kerajaan terbabit terpaksa melakukan pelbagai kerja sambilan termasuk memandu teksi, menjadi pengawal keselamatan dan berniaga kecil-kecilan bagi menampung kos sara hidup keluarga masing-masing. 
UMNO Putrajaya akan bekerjasama dengan TEKUN Nasional (TEKUN) bagi membolehkan kakitangan sokongan kerajaan terbabit memohon pinjaman sebagai modal untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, sekali gus membantu mereka meningkatkan hasil pendapatan masing-masing setiap bulan. - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

P/s: Aku selalu dengar orang UMNO duk bercakap keje kerajaan jamin masa depan. Tapi hari ini Ahli Parliemn Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata bahawa ramai yang keje kerajaan miskin pendapatan. Apa kejadah ni? Kata kerajaan tolong rakyat. Mana yang engkau tolong? Tolong bebankan rakyat ada la.

0 Komen: