Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Tuesday, 3 May 2011

Gadis Maut ditikam Kekasih


ALOR SETAR 3 Mei – Seorang gadis berusia 23 tahun maut setelah ditikam seorang lelaki dipercayai teman lelakinya di sebuah rumah di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini malam tadi.

Dalam kejadian antara pukul 10.45 hingga pukul 11 malam, mangsa, Ratna Sufizzah Riyyanti Omar mati di tempat kejadian akibat ditikam beberapa kali menggunakan pisau di dada, perut dan tangan oleh suspek yang berusia lingkungan 50-an.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Adzaman Mohd. Jan berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Jalan Sultanah Sambungan menyerah diri kepada polis pukul 1.30 pagi ini. 

1 comments:

Yong said...

Lelaki tua tak sedar diri? Ape ni? Altantuya versi orang ‘kelas bawahan’?