'Demonstrasi' Royalti Di Dalam Stadium Bukit Jalil Pada 11 Jun


Kehadiran 100,000 orang mungkin akan tercapai pada 11 Jun ini ketika Kelantan melawan Terengganu pada aksi perlawanan akhir Piala F.A yang mana 60,000 tiket dijual untuk pasukan Kelantan manakala selebihnya untuk Terengganu.

Bukan itu sahaja, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) turut akan bersama-sama dengan peminat dan penyokong pasukan Kelantan dan Terengganu yang kebetulan negeri pengeluar minyak petroleum negara.


Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) juga mengharapkan dari peminat untuk menyahut seruan supaya mendesak kerajaan memberikan royalti kepada negeri pengeluar minyak terutamanya Kelantan yang telah dinafikan hak semenjak tahun 2004.

Penafian hak itu telah berlalu selama 7 tahun dan jumlah royalti yang patut dibayar oleh kerajaan persekutuan adalah lebih RM2 bilion kepada kerajaan Kelantan. Namun sikap kerajaan yang hanya membayar royalti kepada Terengganu secara berperingkat seakan-akan mempunyai unsur-unsur politik.

Kerajaan Persekutuan pula bertegas bahawa Kerajaan Kelantan hanya layak dapat Wang Ehsan (sedekah) yang berjumlah RM20 juta dan bukannya Royalti RM2 bilion.


Akta Pembangunan Petroleum 1974, penubuhan Petronas dan juga perjanjian antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975 yang ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Dato' Mohamad Nasir, dan Pengerusi Petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sama-sama kita menyatakan sokong terhadap royalti kerana itu hak rakyat. Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) juga meyeru kepada semua untuk menyahut kempen "1Hari, 1Banner".

Comments