Sunday, 15 May 2011

Bunuh Nenek


ALOR SETAR 15 Mei - Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun kerana membunuh neneknya, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Mohamad Azman Husin membuat keputusan itu selepas mendapati Ridzuan Taib bersalah melakukan perbuatan itu terhadap Che Basah Ahmad, 75, di Taman Berlian, Jitra dekat sini, antara 9 pagi dan 3.15 petang, 11 Mei 2008.

Dalam penghakimannya, Mohamad Azman berkata peguam Sharif Mat yang mewakili tertuduh, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dan hujah pembelaan juga adalah penafian semata-mata.

"Pihak pembelaan hanya meletakkan kesalahan kepada bekas kekasih tertuduh.

Pembelaan ini tidak dicadangkan di peringkat pendakwaan,” katanya.

Ridzuan, yang berasal dari Kampung Pulau Pak Ubin, Padang Perahu, dilihat menangis ketika mahkamah membacakan penghakimannya.

0 Komen: