Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Wednesday, 11 May 2011

Biadap! Bakar Bendera Negeri Kelantan

Setiap kali ada perlawanan melibatkan Kelantan, pasti ada pasukan yang bertindak liar. Sebelum ini penyokong pasukan Kelantan telah dilabelkan sebagai ganas tetapi sekarang setiap kali perlawanan melibatkan pasukan The Red Warriors mesti ada perkara-perkara yang tidak diigini berlaku.

Klik untuk pembesaran

Malam tadi perlawanan Liga Super melibatkan pasukan tuan rumah Negeri Sembilan menentang Kelantan sebagai pelawat di Stadium Paroi, Seremban. Aksi yang kurang menarik dari penonton ialah membakar bendera negeri Kelantan walaupun pasukan mereka terikat tanpa jaringan dengan pasukan pelawat.

Tindakan ini menunjukkan bahawa keganasan penyokong pasukan bola sepak tidak dapat dibendung lagi dan tidak boleh meletak kesalahan di bahu penyokong pasukan Kelantan. Perlawanan sebelum ini juga menunjukkan Perak menentang Kelantan juga berlaku sedikit kekecohan walhal Perak menang besar ke atas Kelantan.

Bukan itu sahaja, perlawanan yang melibatkan Perak dan Kelantan juga mempunyai isu berkaitan penghinaan ke atas Sultan Mohammad ke-5 dan rakyat Kelantan. Adakah penyokong pasukan lain sudah "pandai" untuk membakar seperti yang berlaku di Shah Alam dan perlawanan yang melibatkan Negeri Sembilan menentang Kelantan pada pentas Akhir Piala Malaysia pada 2009 dengan kemenangan Negeri sembilan 3-1.

Maka kejadian ini berulang di Paroi malam tadi. Apakah tindakan F.A.M terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan yang bertindak membakar bendera negeri Kelantan? Bendera ibarat daulat yang perlu dijaga dan jika kita sendiri membakar bendera maka kita juga sama seperti zionis.

0 comments: