Baring Mayat Atas Landasan


SHAH ALAM: Seorang pemandu komuter panik dan terpaksa memberhentikan tren itu secara mengejut selepas terpandang sekujur tubuh terbaring di landasan di Kilometer 12.87 berhampiran Stesen Komuter Batu tiga Shah Alam, di sini, malam kelmarin, yang kemudian disahkan polis sebagai mayat lelaki mati dibunuh.

Kejadian jam 9.45 malam itu menyebabkan operasi komuter antara laluan Shah Alam ke Pelabuhan Klang, dekat sini, tergendala lebih tiga jam. 

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Fazil Ismail berkata, laluan komuter berkenaan hanya dibuka semula jam 1.38 pagi semalam. 

“Pihak pengurusan memohon maaf atas kesulitan itu kerana terpaksa memberi laluan kepada polis yang menjalankan siasatan kes berkenaan.

“Kami membuat laporan polis berhubung kemungkinan mayat itu mangsa yang dilanggar komuter.

Comments