Utusan Ajak GERAKAN, MCA dan MIC Jadi 1Melayu?


Apakah bodohnya Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi". Kebodohan minda sebagai pengarang menampakkan beliau cetek dalam ilmu penulisan. Bolehkah orang bukan melayu menerima konsep 1Melayu?

Bukan setakat itu sahaja, beliau turut mengajak GERAKAN, MCA dan MIC utk menjadi Melayu. Bodoh betul minda beliau. Tahukah beliau bahawa keturunan atau bangsa tidak boleh ditukar dengan bangsa yang lain. Sebab itu dalam dunia ini pelabagai bangsa.

Jika Bumi ini jadi 1Melayu, mana akan perginya bangsa-bangsa yang lain? Ke planet Marikhkah mereka? Cina di Planet Pluto, India di Planet Zuhal dan selebihnya boleh memilih pelbagai lagi planet dalam galaksi bima sakti ini kecuali bangsa melayu yang tinggal di Bumi.

Mengapa melayu harus tinggal di Bumi? Ini kerana Zaini mengatakan bahawa sudah tiba masanya melayu menggantikan slogan "1Malaysia" kepada "1Melayu, 1Bumi". Nanti apa kata rakyat Jepun kalau Bumi ini milik Melayu kerana di Jepun tidak ada orang Melayu dan UMNO. UMNO ada di Malaysia sahaja.

Bukan setakat orang Jepun sahaja yang akan gelisah tetapi salah seorang individu yang menghasilkan video seks pun turut akan gelisah jika dilakukan "1Melau, 1Bumi". Ini kerana individu tersebut adalah dari keturunan Siam yang bernama Eskay.

Comments