TM Munafik Sekat Talian Sebelum Tempoh


Seorang pengguna talian Streamix Telekom Malaysia berasa amat kecewa setelah talian internetnya telah disekat sebelum mencapai tempoh waktu yang sepatutnya. Beliau tidak faham dengan perkhidmatan yang disedaikan oleh pihak Telekom Malaysia.

Dibelakang bil ada tertera tentang pembayaran bil yang merujuk kepada 

"Bil hendaklah dibayar dengan segera sebelum tarikh akhir pembayaran sebagaimana yang tercatit di muka hadapan. Kelewatan membayar bil ini boleh menyebabkan gangguan perkhidmatan sementara dan bayaran penyambungan semula sebanyak  RM10.00 akan dikenakan bagi setiap talian"

Tetapi beliau masih mempunyai 4 hari lagi termasuk hari ini untuk menjelaskan bil talian streamixnya tetapi taliannya telah disekat. Tarikh akhir bayaran adalah 15 April 2011 tetapi telah disekat pada 12 April 2011. Sebelum ini ia berjalan seperti biasa.

Inilah janji-janji munafik. Belum cukup tempoh sudah minta hutangnya. Dalam berhutang kita ada tempoh untuk berhutang dan sekiranya hutang itu telah melewati waktu perjanjian, barulah kita meminta hutang tetapi di TM ia berlaku sebaliknya.

TM jangan mengambil kesempatan ke atas pengguna talian tetap. Ini kerana, penggunaan TM adalah lebih berkualiti tetapi jika unsur-unsur menyekat talian sebelum tempoh waktunya amatlah dikesali dan tidak menghormati pengguna talian.

Comments