SUPP Tipu Kaum Iban RM40,000


Selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak yang baru sahaja berlangsung hampir dua minggu, komponen BN telah membuat perangai tidak senonohnya apabila telah menipu kaum Iban RM40,000 semasa pilihan raya tersebut. Ia melibatkan tiga kampung kaum Iban di Sarawak iaitu Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang..

Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.

Dalam siasatan, mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.

Jadi, jumlah untuk 100 orang tersebut masih lagi tertunggak dengan setiap orang akan mendapat RM400 dan jumlah keseluruhan tersebut ialah RM40,000.

Comments