Polis! Cepat Siasat


Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia (Pakatan) hari ini menggesa polis mengambil tindakan terhadap satu laman sosial Facebook yang didakwa menghina institusi Sultan dan rakyat Kelantan.

Presidennya Datuk Dr. Noordin Ab Razak berkata, laman itu yang menggunakan nama ”Sulaiman Ali Sulaiman” telah mengeluarkan kenyataan yang mengutuk Sultan serta negeri Kelantan secara khususnya.

"Mengeluarkan kenyataan yang bersifat mengutuk kelakuan Sultan juga memperlekehkan Kelantan sebagai negeri yang mundur adalah satu penghinaan bagi kami yang mewakili negeri serta rakyat Kelantan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Wangsa Maju di sini hari ini.

P/s; Polis kena cepat bertindak terhadap mereka yang menghina Sultan dan Rakyat Kelantan. Mereka jangan hanya jadi juara tangkap ahli politik pembangkang sahaja. Kena telus. Jangan jadi kuda tunggangang

Comments