Panas: Video Ini Utusan, UMNO dan Perkasa Kena Tengok


Video ini untuk tontonan puak-puak gerombolan songkok tinggi, pembawa keris dan penyebar fitnah rakyat agar mereka tahu Melayu yang seperti mana harus dipertahankan. Mereka bukannya terlolong sana sini dengan slogan "Hidup Melayu", "1Bumi !Melayu" dan yang paling penting untuk mereka ialah "Melayu Mudah Lupa".

Ketika mereka asyik mempertahankan Melayu, mereka sebenarnya telah dikhianati Melayunya oleh pemimpin BN sendiri terutamanya parti Melayu pekat dalam dunia iaitu UMNO. UMNO sebagai tunjang kemelayuan seakan-akan sudah layu dimamah usia. Mereka tidak lagi layak untuk memandu Melayu tetapi lebih suka mengkhianatinya.

Utusan dengan slogan "1Bumi 1Melayu" seakan-akan Bumi ini milik orang Melayu sahaja. Jika Bumi ini milik Melayu, ke manakah arah tuju orang Arab di Asia Barat. Apa kata Aerial Sharon jika Bumi ini penuh dengan orang Melayu? Bush tentu pening dengan dirinya. Adakah mereka akan berpindah ke planet Zuhal?

Perkasa pula sibuk dengan "Hidup Melayu" dengan bawa keris sana sini. Mereka tidak tahu pemimpin mereka telah 'bunuh' kepentingan orang Melayu sejak pemerintahan UMNO lagi. Sama-sama kita saksikan video di atas.


Comments