Monday, 4 April 2011

Nenek Dikelar


Seorang nenek berusia 79 tahun ditemui mati dibunuh dengan lehernya dikelar di depan lif 20 meter daripada rumahnya di tingkat lapan Blok 41, Flat Sri Perak, dekat Bandar Baru Sentul, di sini, semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai P Veeramah ditemui jiran kira-kira jam 7.30 malam dalam keadaan terbaring dengan kecederaan parah di leher.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata mangsa yang sudah tidak bekerja menetap di situ bersama keluarga anaknya.

“Siasatan awal mendapati kejadian mungkin bermotifkan samun sebelum mangsa dibunuh berikutan anting-anting dipakai mangsa hilang, namun siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

0 Komen: