Kabinet Kerajaan Baru Negeri Sarawak

Klik imej bagi pembesaran

UMNO/BN mungkin duduk dalam keadaan tidak selesa jika kabinet ini benar-benar berlaku memandangkan tempoh pilihan raya cuma tinggal 2 hari lagi kerana proses pembuangan undi akan berlangsung pada 16 April 2011.

Seramai 213 calon akan berentap dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini. Selepas proses penamaan calon selesai hari ini, kesemua 71 DUN akan dipertandingkan. Pada keseluruhannya, pertandingan itu menyaksikan dua pertandingan enam penjuru, dua pertandingan lima penjuru dan 17 pertembungan empat penjuru.

Manakala yang lainnya membabitkan pertandingan tiga penjuru di 22 kerusi dan pertembungan satu lawan satu di 27 kerusi. Selain BN yang bertanding di kesemua 71 kerusi, parti lain adalah DAP (15 kerusi), Snap (26), PKR (49), PAS (5), Parti Cinta Malaysia (PCM) enam dan 41 calon Bebas.

Pecahan calon mengikut jantina ialah 197 lelaki dan 16 wanita. BN meletakkan 67 calon lelaki dan empat wanita, PAS (tiga lelaki dan dua wanita), DAP (11 lelaki dan empat wanita), Snap (26 lelaki), Bebas (40 lelaki dan seorang wanita) PKR (45 lelaki dan empat wanita), PCM meletakkan lima calon lelaki dan seorang wanita.

Selepas proses penamaan selesai hari ini, pertandingan tiga penjuru membabitkan 23 DUN dan empat penjuru di 17 DUN. Dua kawasan berlaku pertandingan enam penjuru iaitu di Belaga dan Balai Ringin manakala pertandingan lima penjuru berlaku di Ngemah serta Jepak.

Comments