Jom Tengok Video Lucah Anwar


Dunia Malaysia merupakan dunia lucah. Polis, media dan kerajaan tidak henti-henti menayangkan video seks lucah dan meeka tidak sedikit pun takut dengan kuasa Tuhan kerana mereka menganggap mereka berkuasa dari segi wang dan material.

Kerajaan sebagai pemegang amanah rakyat haruslah bersifat lebih telus dan bukannya menjadikan rakyat berfikiran biru dengan benda-benda lucah. Tidak hairanlah jika berlaku kes sosial dalam negara kerana kerajaan kita sendiri yang menyukai akan benda-benda seks seperti ini.

Media sebagai penghubung kepada penonton juga terlibat dalam menayangkan video seks semata-mata untuk untuk meraih populariti dengan penyangan video kotor itu. Jika pihak media mahu menjadi medium tayangan filem seks, maka teruskanlah agenda mengotorkan fikiran rakyat.

Polis juga sebagai penjaga keselamatan awam tidak lagi dipercayai oleh rakyat kerana sikap yang bersekongkol dengan kerajaan. Sebagai institusi di bawah kerajaan, polis haruslah adil dalam memberi layanan kepada orang awam serta melindungi hak-hak mereka.

Sekiranya video itu dalam siasatan polis, ia tidak boleh dipersoalkan dan dipertikaikan sehingga siasatan itu berakhir. Polis mengatakan bahawa video itu adalah tulin dan sehingga hari ini jawapan itu belum lagi terjawab siapakah pelakon tulin video seks itu?

Ke manakah siasatan ke atas mereka yang bergelar 'Datuk T'? Siasatan ke atas mereka atau penangkapan dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan sepatutnya. Inikah sistem keadilan di negara Malaysia ini? Adakah perlu menunggu kerajaan dibogelkan terlebih dahulu?

Comments