Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Tuesday, 26 April 2011

Jari Dikerat-kerat

GOMBAK - Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang di sini semalam.

SEBAHAGIAN daripada 10 jari Mispara yang ditemui

Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Difahamkan, jari tersebut telah dilemparkan dari atas Jambatan Jintan tepat ke atas landasan iaitu di Kilometer 363 dari Butterworth ke pekan Kuang.

Siasatan awal polis mendapati, kesemua jari berkulit gelap tersebut diikat menggunakan pita pelekat sebelum dikerat serentak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika itu pekerja KTMB terbabit hanya menyedari lima batang jari di dalam beg plastik tersebut.

Bagaimanapun katanya, selepas diperiksa, polis mendapati terdapat lima lagi jari yang disyaki dikerat dari dua belah tangan milik seorang lelaki.

"Kita turut menemui sehelai baju T berwarna hitam berbelang putih dengan kesan darah dan sehelai seluar slack," katanya

0 comments: