Bodohnya Utusan Tak Mahu 1Malaysia Tapi Mahu 1Melayu


Gentar dengan kemenangan besar DAP di Sarawak, akhbar Utusan Malaysia hari ini mencadangkan UMNO melancarkan gerakan 1Melayu, 1Bumi untuk mempertahankan kuasa politik orang Melayu. Kebodohan dan kejahilan telah mengatasi segala-galanya. Utusan bagaikan komponen Barisan Nasional telah mendesak UMNO untuk menubuhkan slogan bangang dalam dunia.

Slogan bangan ini telah diutarakan oleh Timbalan Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan. Ia berbunyi seperti ini “Apa yang Umno harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1 Melayu, 1 Bumi,”



Zaini mendakwa parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika Umno melancarkan gagasan 1 Melayu, 1 Bumi kerana bagi mereka “orang Cina telah pun bersatu” (di bawah DAP).

Menurut beliau Umno harus meniupkan gagasan 1 Melayu, 1 Bumi ini segera bagi memastikan kaum Melayu “menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka.”

“Oleh itu menjadi kewajipan Umno…lancarkan segera slogan 1 Melayu, 1 Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.” 

P/s: Kenapalah mamat ni bodoh sangat? Dalam muka BUMI ini bukan ada makhluk MELAYU sahaja. Nanti apa kata orang JEPUN, NIGERIA, GHANA, PALESTIN, U.S.A dan lain-lain lagi kalau BUMI ini jadi BUMI MELAYU sedangkan mereka bukan MELAYU. MELAYU berapa kerat sangat dalam muka BUMI.

Kalau adapun dekat dengan Asia dan hanya UMNO sahaja yang duk jaja perkataan MELAYU. JEPUN tidak pernah sebut "HIDUP MELAYU" ketika demonstrasi. Hanya UMNO sahaja yang tersepit dengan permainan kaum.

Lagi satu tindakan timbalan pengarah utusan itu seakan-akan perkauman dan beliau sendiri takut UMNO pupus. Beliau bukan takut Melayu pupus tetapi takut UMNO pupus sebab makan hidupnya bersama Utusan adalah dari UMNO. 

Comments