Zul Kulim Mahu Serah Bulunya Jika Anwar Tidak Berbuat Demikian

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, jalan singkat berkenaan ialah dengan memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) milik beliau berhubung kes liwat yang dihadapinya bagi mencari kebenaran dan keadilan bagi kedua-dua pihak.

Macam pelik pula apabila beliau mengajar orang mengenai kejujuran dan kebenaran sedangkan beliau sendiri telah mengkhianati rakyat dengan melompat dari Parti Keadilan Rakyat ke Bebas. Beliau berbicara mngenai Saifuddin Nasution melompat dalam isu N. Gobalakrishnan.

“Bukan soal Mahkamah. Sepatutnya Anwar melompat ambil peluang sebagaimana Saifuddin Nasution melompat tunjuk cek dalam isu N Gobalakrishnan dan sebagainya. Nampak “double standard”. Beranilah..tunjukkan keberanian, kejujuran dan berdepan dengan kebenaran,” katanya memetik portal UMNO Online, semalam.

Zul Kulim terlebih ke depan dalam menimbulkan isu DNA ini. Adakah beliau seakan-akan mahu jadi Perdana Menteri dengan membodek pimpinan BN. Adakah suara beliau akan didengari Anwar untuk meyerahkan DNA atau DNA beliau akn dijadikan sampel?

Comments