Tanda-tanda Pilihan Raya Umum ke-13 Bulan Julai

Kerajaan akan melancarkan kempen penurunan harga secara besar-besaran membabitkan 50 sektor termasuk perkhidmatan di seluruh negara mulai 15 Jun hingga 31 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara sektor yang terlibat dalam kempen itu ialah sektor binaan, pengeluar makanan, pengilang, pengangkutan, pembekal, pemborong dan peruncit.

Menurutnya, sebelum ini, kempen penurunan harga barang hanya melibatkan peruncit, peniaga makanan dan pakaian.

“Langkah ini sebagai usaha menurunkan harga barangan dan perkhidmatan untuk tidak membebankan pengguna," katanya.

Ismail Sabri berkata, bagi mencapai hasrat itu, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak yang akan terbabit dalam kempen berkenaan.

p/s: Ayat tidak membebankan pengguna itu seperti baru hari ini berlaku kenaikkan harga barang. Sebelum ini kerajaan tidak pernah memikirkannya. Paling pelik, besar-besaran dan tempoh agak lama. Hehe. Pilihan raya dah nak dekat ke bro Ismail Sabri?

Comments